Sunday, April 3, 2011

Kem Motivasi UPSR 2011



1 - 3 April 2011- Satu Kem Motivasi UPSR telah diadakan di Kem D'Sentosa, Chenderiang dengan disertai oleh 60 orang calon UPSR tahun ini.

Semua peserta kem telah bertolak dari sekolah pada jam 10.00 pagi dengan disertai oleh guru-guru pengiring. Menurut penyelaras Tahun 6 (2011), Pn Sabina menyatakan antara sebab dipilih lokasi ini walaupun ianya jauh dari sekolah adalah untuk memberi kelainan kepada murid seterusnya merangsang minda mereka agar lebih terarah serta fokus dalam hala tuju menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

Selama tiga hari, murid-murid diberi pengisian jasmani dan rohani yang sebahagiannya dipimpin oleh kakitangan kem. Slot motivasi pula dikendalikan oleh Kaunselor dari SMKA Slim River, Ustaz Ismail Hashim.

Selepas makan tengah hari pada hari Ahad, semua peserta berkemas dan bertolak balik ke Slim River. Pihak PIBG mengharapkan segala usaha yang dilakukan ini akan berjaya meningkatkan motivasi murid-murid seterusnya melayakkan mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti...Insyaallah.

MTQ Kelompok 5 Berlangsung Penuh Meriah

31 Mac 2011 - Bertempat di SK Balun, Majlis Tilawah Al Quran dan Mahrajan Kesenian Islam telah berlangsung dengan jayanya. Semua sekolah kelompok 5 telah menghantar wakil peserta untuk dipertandingkan bagi merebut juara dan seterusnya mewakili kelompok ke peringkat daerah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Bercerita, Rawi, Tulisan Jawi, Nasyid dan Kompang. SK Aminuddin Baki telah muncul juara dalam acara nasyid, bercerita lelaki, hafazan lelaki dan tilawah perempuan. Kesemua pemenang akan berentap merebut gelaran juara di peringkat daerah pada 16 April 2011, bertempat di SK Aminuddin Baki.

Tahniah kepada semua pemenang dan tidak dilupa kepada guru-guru pendidikan Islam yang bertungkus lumus melatih mereka...

Saturday, March 26, 2011

Majlis Perpisahan Perpindahan Guru..

25 Mac 2011 - Kelab Guru dan Kakitangan SKAB telah berjaya menganjurkan satu jamuan perpisahan sempena perpindahan guru-guru termasuk Guru besar di Restoran DSS Corner, Behrang 2020. Majlis ini bermula sekitar jam 8.30 malam.

Kehadiran ahli kelab hampir mencapai 80% dengan kebanyakannya membawa bersama ahli keluarga. Suasana majlis begitu meriah dengan dipengerusikan secara santai oleh Pn Faridatul Akmar. Kehebatan beliau mempengerusikan majlis diserlahkan lagi dengan beberapa rangkap pantun yang begitu mencuit hati semua hadirin.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, jamuan makan, ucapan Pengerusi Kelab oleh En Che Mohsin, dan ucapan mereka yang diraikan iaitu Pn Che Rosnah bt Zainol (PK Pentadbiran) dan Tn Hj Arshad bin Mohamad (Guru Besar). Turut diraikan juga, En Hamidi dan seorang pembantu Pra yang tidak dapat turut serta dalam majlis ini..

Hadiah kenang-kenangan kemudiannya disampaikan oleh Guru Besar SKAB, En Abdul zubiar bin Zainol. Majlis bersurai sejurus selepas itu kira-kira jam 10.00 malam.





Saturday, March 19, 2011

Mesyuarat J/Kuasa PIBG Kali ke 3

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke 3 sesi 2010-2012 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 24 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang

Agenda : Rujuk surat penggilan mesyuarat.

Semua AJK wajib hadir