Saturday, November 24, 2012

Tahniah Kepada Semua Murid SKAB..

Keputusan UPSR telahpun diumumkan. Kepada yang memperoleh 5 A, tahniah kerana memperoleh 5 A dan yang tidak memperoleh 5A, bukan bermakna anda gagal dalam hidup, cuma tidak cemerlang dalam UPSR. Banyak lagi peluang dan cabaran yang mesti ditempuhi..


Bergambar kenangan sejurus selepas keputusan 5 A diperoleh..Tahniah

Sunday, November 4, 2012

Perkhemahan Uniform 2012


Perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli 

Pertandingan kawad kaki antara unit uniform 

Pn Iswanti selaku Kem Komanden sedang mengendalikan sesi pertolongan cemas 

Para peserta menjalankan praktikal pertolongan cemas 

Membina Gajet untuk dipertandingkan 

Puteri Islam sedang menyiapkan gajet  

Pertandingan Masakan Rimba 

Cabaran untuk menghidupkan api.. 

Hidangan yang menarik daripada Pasukan Pengakap 

Hidangan Puteri Islam 

Pn Suraya, guru penasihat Puteri Islam 

Pn Nadira selaku Setiausaha Perkhemahan sedang memantau kerja-kerja setiap unit.

Tuesday, October 16, 2012

Jamuan Meraikan Cikgu Zubiar..

Sedang menunggu majlis bermula...

Cikgu Zubiar menyampaikan ucapan sebagai orang yang diraikan..

Menerima cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKAB..Disampaikan oleh pengerusi, Pn Hjh Noredah bt Misran 

Memotong kek hari jadi ke ....

Bergambar kenangan sebelum berakhir majlis..

YDP PIBG Merasmikan Penutup Sukan SKAB Kali ke 31

Tn Hj Aminuddin Zulkipli selaku YDP PIBG sedang menyampaikan ucapan pada majlis penutup sukan tahunan sekolah yang berlangsung di padang sekolah baru-baru ini. Turut kelihatan mengiringi beliau ialah En Khalil bin M.Lodin, Guru Besar SK Aminuddin Baki serta En zuhairi selaku AJK PIBG,

En Zuhairi sedangn menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wednesday, October 10, 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Kali ke-3 sesi 2012-14

Mesyauarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari : Rabu
Tarikh : 17 Oktober 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik gerakan

Semua AJK diwajibkan hadir


Thursday, September 13, 2012

Selamat Datang...

PIBG dan semua warga SK Aminuddin Baki mengalu-alukan kehadiran En Khalil bin M.Lodin sebagai Guru Besar menggantikan En Zubiar yang bertukar ke SK Proton City.


Syabas dan Tahniah kepada Calon-calon UPSR

Hari ini merupakan hari terakhir calon-calon UPSR 2012 menghadapi ujian tersebut. 

Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dan mencapai cita-cita yang dihajati..Insyaallah.

Wednesday, August 29, 2012

Majlis Bacaan Yaasin UPSR 2012

Majlis Bacaan Yaasin akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Ogos 2012
Hari : Khamis
Tempat : Surau SKAB

Tentatif
6.30 petang : Ketibaan tetamu
6.45 petang : Jamuan makan
7.30 malam : Solat Maghrib
Bacaan Yaasin
Solat Hajat
Solat hajat
Bersurai

Semua dijemput hadir

Saturday, July 28, 2012

Selamat Menjalankan Tugas di Sekolah Baru

Agak mengejutkan, apabila semua warga sekolah diberitahu tentang pertukaran Guru besar SK Aminuddin Baki, En Zubiar bin Zainol. En Zubiar akan mula menjalankan tugasnya di sekolah yang baru bermula 30 Julai ini. Hari ini adalah hari terakhir beliau di SK Aminuddin Baki.

Satu majlis ringkas diadakan bagi memberi ruang kepada beliau menyampaikan amanat kepada murid-murid dan guru sebelum melangkah ke tempat yang baru. 

Beliau telah mengakhiri majlis ucapan di perhimpunan pagi secara ringkas dan bersalaman dengan setiap orang murid.

Akhirnya beliau menjalani sesi bergambar bersama guru-guru, staf, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.

Walau dimanapun tempat bertugas, warga SKAB dan PIBG  mendoakan kejayaan En Abdul Zubiar di dunia dan akhirat.

Gambar 1 - Bersama guru-guru SK Aminuddin Baki
Gambar 2 - Bersama Staf SK Aminuddin Baki 

 Menyampaikan Amanat dan bersalaman dengan semua murid

Bergambar Kenangan dengan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS

Tuesday, July 24, 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012

Guru besar, En Abdul Zubiar sedang menyampaikan ucapan 

Kibaran bendera oleh murid-murid ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang 

Lambaian sejurus mengibarkan jalur Gemilang 

Bersemangat menyampaikan Amanat sempena Bulan Kemerdekaan

Friday, June 22, 2012

Hari Interaksi 2012

Semua ibubapa/penjaga murid dijemput menjayakan hari interaksi skab yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 22 jun 12
Masa : 10.00 pg - 12.00 t.hari

Wednesday, June 20, 2012

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke 2 sesi 2012-14

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Jun 2012
Masa : 3.00 petang
Agenda : Rujuk surat jemputan

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Acara Padang: Sukaneka guru 

Peserta yang mengambil bahagian 

Sokongan murid menambahkan semangat.. 

Jawatankuasa PIBG (En Guna) turut hadir memeriahkan suasana 

Acara persembahan murid di Dewan Perdana

Saturday, March 31, 2012

Jawatankuasa PIBG sesi 2012-14

PENASIHAT
En Abdul Zubiar bin Zainol

YDP
Tn Hj Aminuddin Zulkipli

NYDP
En Khairul Azani

SETIAUSAHA
En Abdul Gani bin Ibrahim

PEN. SETIAUSAHA
En Mohd Norfirdaus Hassan Basri

BENDAHARI
Pn Norzuliani bt Zulkifli

PEN. BENDAHARI
Pn Nornadira bt Salleh

AJK IBUBAPA
En Zuhairi
En Shahalim
En Guna
Pn Norita
Pn Rozimah

AJK GURU
Pn Faridatulakma
Pn Suraya
Pn Thavamani
Pn Hjh Noredah
Tn Syed Husainy

PEMERIKSA KIRA-KIRA
En Maizul Afhanizam
Pn Norasimah

Tahniah Pasukan Bola Sepak SKAB

PIBG mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak SKAB yang berjaya menjadi johan kelompok dalam pertandingan yang dijalankan bermula pagi tadi. Pertandingan diadakan di SK Kuala Slim.

SKAB mengalahkan SK Kuala Slim yang menduduki tempat kedua. Seterusnya SK Slim River tempat ketiga dan diikuti SK Slim Village tempat keempat.

Doa dan harapan, SKAB terus cemerlang.

Kecemerlangan Anak-anak Bermula di Rumah


Ibubapa amat berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan anak-anak. Justeru, kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah yang cemerlang, ibubapa yang cemerlang serta dibantu pula oleh guru-guru yang cemerlang.

Adalah tidak wajar bagi ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kecemerlangan anak-anak semata-mata kepada pihak sekolah dan PIBG. Adunan kerjasama daripada pihak-pihak yang disebutkan adalah kunci terbaik melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Begitulah antara intipati ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30 yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Tg Malim / Slim River, Superintendan Tn Hj Othman bin Nanyan. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ins. Azril yang mewakili beliau kerana tidak dapat hadir atas tuntutan tugas yang lebih penting.

Terdahulu, turut berucap, Penasihat PIBG En Abdul Zubiar bin Zainol dan YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Mesyuarat berjalan dalam keadaan yang baik dan berakhir kira-kira pukul 12.3o tengah hari.

Friday, March 30, 2012

Jamuan Meraikan Pertukaran Cikgu Tahkim


Satu jamuan khas telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Aminuddin Baki untuk meraikan Cikgu Tahkim yang akan bertukar ke jawatan baru mulai 1 April 2012. Beliau akan bertugas di IPG Putrajaya.

Pihak PIBG juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas serta mengharapkan beliau sentiasa sukses dan terus berjaya di dunia dan akhirat.

Cikgu Tahkim telah menyumbang tenaga dan kepakaran beliau sebagai Penolong Setiausaha PIBG sejak 2008. Jasa dan khidmat beliau akan terus dikenang dan dihargai serta menjadi panduan kepada penyambung jawatan yang akan datang..


Friday, March 9, 2012

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 30


Sila dapatkan notis mesyuarat agung kali ke 30 di SINI

Tuesday, March 6, 2012

Kem Motivasi Calon UPSR 2012


Tarikh :
2 - 4 Mac 2012

Tempat :
Pusat Kokurikulum Batang Padang, Sungai Klah

Peserta :
59 orang

Tuesday, February 21, 2012

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2012

Ucapan Perasmian disempurnakan oleh Guru besar En Zubiar bin Zainol

Murid-murid kusyuk mendengar amanat daripada Tn Guru besar

Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah

Penyampaian watikah kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Ketua Murid 2012, Mohd Syazwi Aiman menyampaikan ucapan sejurus selesai majlis pelantikan dan penyampaian watikah.

Monday, February 13, 2012

Takwim Sekolah 2012

Pihak PIBG dan para ibubapa boleh mendapatkan takwim sekolah bagi tahun 2012 melalui url dibawah. Sila muat turun.

Saturday, February 4, 2012

Program Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang

Tarikh : 3 Februari 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SKAB

Tentatif Program

3.00 ptg: Ketibaan ibubapa dan guru
Ucapan Aluan
Ceramah oleh: Pn Hjh Mimon bt Hj Siraj
Penyampaian sijil penghargaan
Minum petang
Bersurai

Wednesday, January 18, 2012

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga Sesi 2011-2012

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 2 februari 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK dijemput hadir