Tuesday, November 16, 2010

Tahniah Kepada Murid Cemerlang UPSR 2010

PIBG mengucapkan tahniah kepada murid-murid atau calon UPSR 2010 yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Kesemua mereka telah menerima insentif berupa hadiah sejumlah RM100.00 seorang daripada YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli.

Wang tersebut telah disampaikan sewaktu majlis Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada 11 November 2010.

Mereka yang berjaya memperolehi keputusan 5A ialah seperti berikut:

1. Ros Azima
2. Athira Shafika
3. Qadriah
4. Norashamimi
5. Norsuhailah
6. Nasuha
7. Husna
8. Shahirah
9. Noryuhanis
10. Priadarshiney

Sekalung tahniah kepada mereka dan kepada semua calon UPSR 2010. Walaupun tidak memperolehi 5A, namun kejayaan kalian amat bermakna buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Penangguhan Program Majlis Mesra Warga SKAB

Merujuk kepada perbincangan mesyuarat khas kali kedua bertarikh 10 November 2010, PIBG telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Majlis Mesra Warga SKAB ke suatu tarikh baru. Tarikh baru itu dicadangkan pada 20 Januari 2011 bersamaan hari Khamis.

Penangguhan majlis itu berikutan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

PIBG memohon maaf dan masih mengharapkan komitmen yang tinggi daripada pihak komuniti setempat seperti yang diputuskan pada mesyuarat khas pelaksanaan majlis ini kali pertama.

Wednesday, November 10, 2010

Mesyuarat Khas Majlis Ramah Mesra 2010 Kali ke 2

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Aminuddin Baki


Agenda:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan laporan jawatankuasa
3. Hal-hal lain

Semua AJK diWajibkan hadir

Wednesday, October 20, 2010

Tahniah..

Seluruh Jawatankuasa PIBG SK Aminuddin Baki mengucapkan tahniah kepada dua orang warga SK Aminuddin Baki ...



1. Al Fadhil Ustaz Zulkarnain bin Yusop
- Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Kini beliau ditugaskan di SK Trolak Utara. Semoga terus sukses.




2. Pn Che Rosnah bt Zainol
- Telah berangkat menunaikan Fardhu Haji pada 18 Oktober 2010. Mudah-mudahan dikurniakan haji yang Mabrur.


Sumber: Panitia Islam SKAB - http://piskab.blogspot.com

Tuesday, October 19, 2010

Mesyuarat Khas Majlis Ramah Mesra 2010

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 21 Oktober 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK PIBG Wajib hadir.

Sukan Tahunan 2010


Tahniah kepada semua warga SK Aminuddin Baki kerana berjaya menganjurkan sukan tahunannya pada 14 Oktober 2010 yang lalu.

Kepada rumah sukan yang berjaya, tahniah diucapkan, dan yang belum berjaya, teruskan usaha.

Tuesday, September 28, 2010

Mesyuarat J/Kuasa PIBG Kali ke 2

Mesyuarat J/Kuasa PIBG kali ke 2 sesi 2010-11 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 4 Oktober 2010
Hari : Isnin
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK PIBG wajib hadir

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010


Seluruh Jawatankuasa PIBG SK Aminuddin Baki mengucapkan Selamat menduduki UPSR 2010.

Kami iringi dengan doa dan harapan semoga semua calon UPSR memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Monday, August 9, 2010

Calon UPSR 2010 Bersantai di Hot Spring

Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Jumlah murid : 70 orang
Guru Pengiring : 7 orang












Tuesday, July 13, 2010

Percubaan UPSR 2010

Bermula hari ini (13 Julai sehingga 15 Julai 2010) semua murid UPSR 2010 menduduki peperiksaan percubaan selama 3 hari.

Seramai 72 orang murid akan mengambil UPSR pada tahun ini.

Kepada semua murid UPSR SK Aminuddin Baki, selamat menjawab dengan tenang dan buatlah yang terbaik. Teruskan perjuangan...Semoga kejayaan milik kalian. Insyaallah.

Monday, July 12, 2010

Penerima APC 2009

Seramai 3 orang warga SKAB telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Mereka terdiri daripada:

1. Pn Shamsiah bt Ismail
2. Pn Hjh Kalsom
3. Pn Sabina bt Benjamin

Tahniah. Teruskan kecemerlangan..

Monday, July 5, 2010

Hari Interaksi



Sumber : Panitia Islam SKAB

Wednesday, June 30, 2010

Pertukaran Guru...

Pihak sekolah telah kehilangan dua tenaga penggerak yang banyak membantu perjalanan sekolah untuk meneruskan kecemerlangan, iaitu Pn Rosma dan Pn Hamidah.

Pn Rosma telah bertukar ke SK Tanjung Malim manakala Pn Hamidah bertukar ke SK Chikus, Teluk Intan.

Walaupun begitu, pihak sekolah bertuah kerana kehilangan dua guru ini segera mendapat ganti iaitu En Mohd Norfirdaus dan Ustaz Hamidi.

Pertukaran mereka berkuatkuasa pada 16 Jun 2010.

Buat Pn Rosma dan Pn Hamidah, teruskan perjuangan dan buat En Mohd Norfirdaus dan Ust Hamidi, selamat menjadi warga SK Aminuddin Baki.

Tuesday, May 25, 2010

Perjumpaan PIBG Bersama Ibubapa Murid Tahun 6


PKSR 1 - 2010


YDP dan seluruh AJK PIBG mengucapkan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA MURID-MURID SK AMINUDDIN BAKI

25 - 27 JUN 2010

Selamat Maju Jaya

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru di SKAB

Pada 16 Mei setiap tahun, merupakan suatu tarikh yang tidak mungkin dilupakan terutama oleh warga pendidik. Inilah tarikh keramat setiap tahun yang disambut sebagai 'Hari Guru'.

Bagi warga SK Aminuddin Baki juga tidak ketinggalan meraikan hari tersebut. Cuma tanggal 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka sambutan dibuat pada hari Isnin.

Pelbagai acara menarik dirancang oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKAB. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

Pada sambutan kali ini, pihak PIBG juga tidak ketinggalan untuk turut bersama menjayakannya. Terima kasih guru-guru kepada wakil PIBG yang sudi bersama dalam majlis yang diadakan di Dewan Perdana SKAB.

Beberapa rakaman gambar dapat menceritakan suasana sambutan tahun ini..
'Guru Pembina Negara Bangsa' ..

Tahniah YDP

Tanggal 17 Mei 2010, Tn Hj Aminuddin telah dianugerahkan Allah SWT dengan seorang lagi cahaya mata lelaki. Khabarnya, ini anak yang ke-8.

Menurut sumber, isteri beliau selamat melahirkan bayi ini kira-kira jam 8.25 malam.

Semoga bertambah keberkatan dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah..insyaallah.

Tahniah, daripada seluruh AJK dan warga SK Aminuddin Baki.

Tuesday, May 11, 2010

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.30 pagi

Kawasan cadangan gotong-royong
1. Hadapan pagar utama
2. Bangunan cadangan surau
3. Kawasan padang sekolah
4. Bilik darjah dan bilik-bilik khas

Semua AJK PIBG dan ibubapa dijemput hadir.

Wednesday, May 5, 2010

RM 150 Untuk Murid Cemerlang UPSR 5A

Sekiranya murid UPSR 2010 ini dapat membuktikan kecemerlangan mereka dengan memperoleh UPSR 5A seramai melebihi 15 orang, maka RM 150.00 akan menjadi milik mereka. Itulah antara cabaran dan dorongan yang dijanjikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli ketika berucap menyempurnakan perasmian Kem Motivasi dan Teknik Menjawab UPSR yang diadakan di Rumah Rehat Slim River.

Seramai 68 orang murid tahun 6 terlibat dengan program ini. Menurut Penyelaras Kecemerlangan Tahun 6 2010, En Muthusamy, seramai 4 orang murid yang menghadapi masalah dan tidak dapat menyertai program ini.

Selain cabaran berbentuk kewangan, YDP juga turut mengingatkan tentang perlunya pergantungan kepada Allah SWT dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang diidamkan bukanlah sahaja dari segi keputusan peperiksaan yang cemerlang, tetapi meliputi seluruh kecemerlangan, terutama dari segi akhlak.

YDP juga mengulangi kesediaan PIBG untuk terus memberi sokongan dan bersama membantu menjayakan setiap program yang dianjurkan demi kemaslahatan anak-anak murid SKAB.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah NYDP PIBG, En Tarmizi Omar, setiausaha dan beberapa orang AJK, selain guru-guru yang bersedia memberi perkhidmatan demi kejayaan anak-anak yang disayangi..

Mudah-mudahan Allah mengganjari keredhaan-Nya atas usaha yang sedikit ini..Insyaallah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Tuesday, May 4, 2010

Mesyuarat PIBG Kali Pertama Sesi 2010-2011

Dengan penuh hormat dan takzimnya, semua AJK PIBG sesi 2010-2011 dijemput menghadiri mesyuarat kali pertama pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 4 Mei 2010
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan SKAB

Keperihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, April 16, 2010

Pertandingan (NILAM) Ulasan Buku Tahap 2

Rentetan dari pertandingan Ulasan Buku Tahap 1 yang berlangsung pada bulan lepas, hari ini telah berlangsung pula pertandingan Ulasan Buku Tahap 2 yang dijalankan di bawah program NILAM.


Mentor yang terlibat melatih dan membuat persediaan bagi pertandingan ini ialah :

1. Tn hj Arshad bin Mohamad (GB)
2. Pn Rosma bt Ridzuan
3. Pn Nuraza bt Hashim
4. Pn Rushidawati bt Ismail
5. En Mohd Tahkim bin Zulkipli

Keputusan pertandingan ini dimenangi oleh mentee berikut:

1. Adik Nur Amira bt Zakaria (6C)
2. Adik Nor Diana Asyikin bt Mohd Salleh (6C)
3. Adik Siti Asiah bt Zainon (5 C)
4. Adik Aina Yasmin bt Mohd Faisal (6 C)
5. Adik Muhammad Khairul Adzhar bin Yussli (4 G)

Tahniah kepada pemenang..

Thursday, April 15, 2010

Pasukan Memanah SKAB ke Peringkat Negeri


Selamat berjuang kepada peserta-peserta yang menyertai pertandingan Memanah yang berlangsung di SMT Teluk Intan. Pertandingan akan diadakan pada 16 April 2010 (Jumaat)

Semua peserta SKAB akan bertolak pada pagi Jumaat (esok) jam 7.00 pagi bersama guru pengiring iaitu En Tahkim, Pn Rozita dan Pn Shamsiah.

Berikut ialah nama-nama peserta:-

1. Muhd Mizal Akif
2. Muhd Faiz
3. Ikmal Syafik
4. Nur Athirah Syafika
5. Ros Azima
6. Nor Diana Asyikin
7. Nasuha

Semoga pasukan memanah terus melonjakkan nama SKAB.

Tuesday, April 6, 2010

Pertandingan Bola Sepak Peringkat Kelompok 5


Karnival Bola Sepak kelompok 5 telahpun bermula semalam (5 April 2010) di SK Slim River. Karnival ini dijalankan selama 4 hari bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

SK Aminuddin Baki tidak ketinggalan menghantar pesertanya untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Menurut jurulatihnya, En. Saiful Bahri, seramai 13 orang pemain telah dipilih untuk beradu kehebatan di peringkat kelompok 5 ini.

Selain En Saiful, Semua pemain akan diuruskan juga oleh En Abdul Gani dan En Zulkarnain.

Semoga SKAB terus cemerlang..

Monday, April 5, 2010

Tahniah Jawatankuasa Sesi 2010-2012

Penaung
Pegawai Pelajaran Daerah

Penasihat
Tn Hj Arshad bin Mohamad

Yang Dipertua
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli

Naib Yang Dipertua
En Tarmizi bin Omar

Setiausaha
En Abdul Gani bin Ibrahim

Naib Setiausaha
En Tahkim bin Zulkipli

Bendahari
Cik Intan Efazila bt Yusop

Naib Bendahari
Pn Nadira bt Salleh @ Said

AJK Ibubapa
En Borhan bt Shafee
Pn Aspalela bt Shafee
Pn Rosnah bt Arshad
Pn Zaharah bt kamaruzaman
Pn Suri Fatonah bt Arifin

AJK Guru
Pn Hjh Fauziah bt Raden Salim
Pn Jariatul Annur bt Jalaluddin
Pn Rajinah bt Burut
Pn Siti Noryani bt Syarif
En Saiful Bahri bin Hashim

Pemeriksa kira-kira
En Najib bin Che Ros
Pn Siti Rogayah bt Md Yusuf

Saturday, April 3, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Dalam Suasana Ukhuwah








Motivasi Kepimpinan & Penghayatan Solat

Satu program Motivasi telah dianjurkan oleh Majlis Guru Besar (MGB) kelompok 5 pada 2 Mac 2010. Majlis ini diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.



SK Aminuddin Baki telah menghantar seramai 45 orang murid yang akan menduduki UPSR pada tahun 2010.

Pengisian Motivasi telah disampaikan oleh AF Ustaz Fauzi, manakala Solat pula dipimpin oleh Tn Imam Putra.

Program Motivasi tersebut berkahir pada jam 8.00 pagi ini, dan beberapa orang pengawas terus ke SK Aminuddin Baki untuk membantu perjalanan Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada pagi ini.

Mudah-mudahan kehadiran murid-murid ini ke program motivasi akan memantapkan lagi persediaan murid-murid ini untuk terus berjaya.

Thursday, April 1, 2010

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 28

PRA – AGENDA :

1. Ucapan Aluan pengerusi Majlis

2. Bacaan Doa oleh A.F. Ustaz Zulkarnain bin Yusup.

3. Ucapan Yang Dipertua PIBG.

4. Ucapan Penasihat PIBG (Guru besar)

5. Ucapan Perasmian oleh:

Tn Hj Mohd Noh bin Supaat

(Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang)

6. Pelancaran Blog

7. Penyampaian Wang KWAPM

8. Penyampaian Saguhati Murid Cemerlang UPSR 2009

9. Jamuan Teh


AGENDA MESYUARAT AGUNG :

1. Membentang & Mengesahkan Minit Mesy. Agung yang lalu

2. Membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SKAB 2009/2010

3. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2009

4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tabung Wawasan

5. Pembentangan dan Penerimaan Usul/ Cadangan

6. Memilih Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011

7. Memilih Juru Audit Dalaman

8. Ucapan penangguhan

Wednesday, March 31, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 28

Jawatankuasa Panitia Mesyuarat Agung Kali ke 28

Penasihat :

Tn.Hj Arshad Bin Mohamad, PPT (Guru besar)

Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli (YDP)


Pengacara Majlis :

Pn Rajinah Bt Burut


Buku Program/Pencatat Minit Mesyuarat :

En Abdul Gani Bin Ibrahim


Penapis Usul :

En Mohd Tahkim Bin Zulkipli


Pencatat Minit Mesyuarat Sementara :

Pn. Nornadira Bt Salleh

Pn. Norazlina


Pendaftaran :

Pn. Jariatul Annor Bt. Jalaluddin (L)

Adik Farid Zakwan

Adik Nur Athira Syafika

Pn. Fauziah Bt R. Salim (P)

Adik Muhammad Mizal Akif

Adik Nur Suhailah


Backdrop :

Pn. Nura’za Bt Hashim

Pn. Sabina Bt Benjamin

Pn. Siti Noryani Bt Shariff

Pn Erni Marlina


Persiapan Dewan :

Pn. Fauziah Bt Zahidin

Pn. Rosma Bt Ridzuan

Pn. Rozita Bt Sofian

Pekerja Sekolah

Cenderahati :

Pn Marliza Bt Md. Saad

Pn. Rosada Bt Shafie

Pn. Faridatulakmar Bt Tarmizi

Pn. Hamidah Bt Ismail


Sistem Siaraya/ Banner :

En. Amran Bin Jusoh

Tn Syed Husainy

En. Muthusamy A/L Paliany

En. Mohd Shafie Bin Hamid


Jamuan Tetamu/Jemputan :

Pn. Soraya Bt Abu Bakar

Pn. Rozila Bt Abd Rahman

Pn. Hjh Ramlah Bt M. Ibrahim

Pn. Zaharah kamaruzaman

Pn Siti Rogayah Bt M. Yusof


Multimedia/Lcd Projektor/ Fotografi :

En. Shaiful Bahari B. Hashim

En Che Mohsin

En Hazman

Pn Iswantie bt Ismayatim


Kebersihan/ Keselamatan :

Pn. Rushidawati Bt Ismail

Pn Norlela Bt Abu Bakar

Pn. Dalila Shahnaz Bt Ishak

En Borhan Bin Shafiey


Bacaan Doa :

En. Zulkarnain B. Yusop


Protokol :

Pn. Noridah Bt Misran

Pn Tahariah bt Ibrahim

Cik Intan Efazila Bt Md Yusoff

Pn Idayanti


Penyambut Tetamu :

Guru Besar

Guru-guru Penolong Kanan

YDP/ NYDP/ Ajk PIBG