Social Icons

Featured Posts

Saturday, March 8, 2014

Guru Yang Cemerlang Mampu Melahirkan Pelajar Cemerlang

Mesyuarat Agung PIBG SK Aminuddin Baki kali ke-32 telah berjaya dilaksanakan pada jam 8.30 pagi tadi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang berbahagia, En Abdul Karim bin Jaafar, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Antara lain, beliau mengingatkan tentang perlunya kepada kekuatan dan kecemerlangan guru sebelum melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru sememangnya amat berperanan dalam pembentukan jatidiri anak-anak. Anak yang membesar dengan penuh perhatian daripada ibubapa dan guru akan lahirlah insan yang cemerlang dan berkualiti.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan sebelum itu, YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan Guru besar, En Khalil bin M.Lodin. 

Sebanyak lapan usul telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat kali ini. 

Mesyuarat berakhir kira-kira pukul 1.30 petang.




Thursday, February 27, 2014

Majlis Akujanji UPSR 2014 Bersama Ibubapa

Majlis berlangsung dengan jayanya di dewan Perdana SK Aminuddin Baki dengan dihadiri oleh seramai 53 daripada 65 calon UPSR tahun ini.

Majlis bermula kira-kira pukul 2.30 petang dengan ucapan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan diikuti oleh ceramah yang disampaikan oleh AF Us Mohd Zulkifli, merupakan tenaga pengajar di Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor.

Majlis berakhir pada jam 4.15 petang dengan ikrar oleh murid-murid calon UPSR 2014 bersama ibubapa masing-masing.

 Orang-orang penting yang menjayakan majlis, Tn Hj Aminuddin, Pn Hjh Noridah & Pn Jamilah

 Ucapan YDP PIBG

 Ceramah oleh AF Us Mohd Zulkifli - Darul Quran


 Para ibubapa yang hadir...

Sesi menjamu slelera