Monday, February 28, 2011

SKAB Juara Bola Baling Peringkat Daerah batang Padang


Tahniah!!

PIBG dan seluruh Jawatankuasanya amat berbangga dan mengucapkan syabas kepada pasukan bola tampar SK Aminuddin Baki yang berjaya muncul juara dalam perlawanan akhir di Padang Tapah pada 26 Februari lalu (Sabtu)

Syabas dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan pasukan ini. Mereka terdiri daripada En Muthusamy, En Mohsin, Pn Hjh Noridah dan beberapa individu lain yang turut terlibat membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Esok, pasukan bola sepak pula akan berentap di padang SK Slim River. Semoga ruh kemenangan ini akan menular pula ke pasukan bola sepak..Insyaallah. sama-sama kita nantikan..

Saturday, February 26, 2011

Kursus Kepimpinan 2011


26 Februari 2011 - Atas kesedaran kepimpinan merupakan sesuatu yang perlu dipelajari, maka pihak sekolah telah menyusun satu kursus yang mengetengahkan isu-isu kepimpinan sebagai persediaan murid-murid menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kursus yang dijalankan di Dewan Perdana SKAB yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dibimbing oleh penceramah jemputan bagi slot pertama iaitu puan Effa Rina bt Mohd Matore.

Selesai minum pagi, kira-kira jam 10.45, maka slot kedua disambung pula oleh En Abdul Gani bin Ibrahim sehingga selesai jam 12.00 tengah hari.

Seramai 50 orang murid terdiri daripada pengawas sekolah, pengerusi kelab dan persatuan, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Semua peserta bersurai kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Saturday, February 19, 2011

Pertandingan Sepanduk Memeriahkan Maulid al Rasul 1432 H


18 Februari- Seramai 8 kontinjen mewakili Unit Uniform dan Persatuan Sekolah telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulid al Rasul peringkat sekolah 2011 / 1432 H.

Turut diadakan beberapa acara dan persembahan agar suasana sambutan lebih meriah. Antara acara yang berlangsung adalah Nasyid, Tazkirah, Bacaan Al Quran, Selawat, kuiz, Pertandingan mewarna dan Tulisan Cantik.

Tidak ketinggalan, murud-muris Pendidikan Khas juga turut memeriahkan suasana.

Majlis berakhir sekitar jam 10.00 pagi.