Sunday, April 14, 2013

Kepentingan Pelajar Adalah Keutamaan PIBG

Walaupun berlainan pendapat, pandangan mahupun fahaman ideologi, tetapi dalam memutuskan sesuatu perkara, keutamaan adalah kepada kepentingan pelajar SK Aminuddin Baki. Semua pihak harus sedar pentingnya kewujudan PIBG yang tujuannya membantu pihak sekolah merealisasikan kecemerlangan anak-anak seperti yang diimpikan oleh para ibubapa.

Peranan yang lebih aktif perlu dimainkan oleh ibubapa jika mahu melihat anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah. Begitulah antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dalam ucapan aluannya sewaktu majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 yang berlangsung di Dewan SKAB.

Turut berucap, En Khalil bin M.Lodin selaku guru besar merangkap penasihat PIBG yang banyak menyentuh tentang perancangan dan tindakan yang telah dibuat oleh pihak sekolah dalam usaha meneruskan kecemerlangan murid-murid SKAB. Beliau melahirkan rasa kecewanya dengan kehadiran yang amat tidak memuaskan dikalangan ibubapa dan berharap mesyuarat agung akan datang, kehadiran lebih ramai.

Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh En Azman bin Ismon yang mewakili Pegawai PPD Batang Padang. Antara lain, beliau mengingatkan tentang perlunya mesyuarat agung dijalankan sebelum 31 Mac setiap tahun untuk memudahkan urusan dengan pertubuhan.


Turut disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan multimedia yang dianjurkan oleh Unit ICT SKAB dan hadiah berupa wang tunai, piala serta sijil ditaja oleh PIBG. Kepada mantan AJK PIBG sesi 2010-2012 juga disampaikan cenderahati sebagai kenangan atas jasa yang disumbangkan.

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Saturday, April 6, 2013

Mesyuarat AJK Sesi 2012-14 Kali kelima

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09 April 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK wajib hadir.