Friday, November 18, 2011

Tahniah Murid Cemerlang UPSR 2011


Seramai 10 orang murid cemerlang 5A & 9 orang murid cemerlang 4A UPSR 2011 menerima anugerah khas daripada YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli pagi ini. Murid cemerlang 5A telah disumbangkan sebanyak RM100 seorang dan murid cemerlang 4A dihadiahkan RM70 seorang.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh YDP PIBG di hadapan semua murid SKAB. Dalam ucapannya sebelum ini, beliau mengharapkan agar penyerahan ini dilakukan di hadapan murid-murid supaya mereka terus teruja dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan di tahun-tahun akan datang.



Murid Cemerlang UPSR 4A

Murid Cemerlang UPSR 5A


Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Kecemerlangan pelajar memang menjadi suatu yang amat diberi perhatian oleh sesiapa sahaja, sama ada guru, masyarakat dan lebih-lebih lagi para ibubapa.

Hari anugerah kali ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Suhaily Yusri bin Che Ngah, Dekan Fakulti Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan kepada para hadirin agar memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak bagi menjadikan mereka cemerlang di dunia dan di akhirat.

Beliau turut menegur sesetengah ibubapa yang cenderung menyalahkan guru hanya kerana mengambil beberapa tindakan disiplin kepada anak mereka.

Di akhir majlis juga, telah diumumkan keputusan UPSR 2011 dengan calon SKAB memperolehi 10 orang 5A.

Turut hadir, YDP PIBG Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli, NYDP En Tarmizi bin Omar serta beberapa AJK PIBG.
Majlis bersurai kira-kira jam 11.40 pagi.

Tahniah kepada calon-calon UPSR.

Tuesday, November 15, 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011

Tarikh : 15 Nov 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Kejat SKAB

Dirasmikan oleh:
En Zubiar bin Zainol
(Guru Besar)

Acara:

Memotong kek
Pakaian beragam
Persembahan nyanyian
Lakonan



Saturday, November 12, 2011

Perkhemahan Uniform 2011

12 Nov – Seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Unit Uniform tKRS, Pengakap, Puteri Islam dan PBSM telah menyertai perkhemahan tahun ini dengan jayanya.

Walaupun hujan seawal pagi hingga jam 11.00, aktiviti yang telah dirancang tetap diteruskan. Perasmian telah disempurnakan oleh En Abdul Zubiar bin Zainol, Guru Besar SK Aminuddin Baki. Majlis perasmian telah berlangsung di Dewan Perdana kerana faktor cuaca.

Antara aktiviti yang dijalankan pada perkhemahan tahun ini termasuk Kawad kaki, Sukaneka, Pertandingan gajet, Masakan dan Kraftangan.

Selain guru-guru, perkhemahan ini turut dijayakan oleh En Shaari, seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai pengawal di SKAB. Beliau telah membantu sebagai hakim dalam pertandingan kawad kaki.

Tidak ketinggalan, murid-murid Pendidikan Khas juga turut menjayakan perkhemahan ini di bawah pimpinan Pn Hjh Fauziah Raden Salim selaku Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.


Wednesday, November 2, 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua Sesi 2011-2012

Satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 11 November 2011
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang

Semua AJK PIBG Wajib Hadir

Friday, October 28, 2011

Selamat Hari Lahir...



Seramai 6 orang guru SK Aminuddin Baki telah diraikan dalam majlis Sambutan Hari Lahir yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKAB. Mereka yang diraikan merupakan guru-guru yang menyambut hari lahir bermula bulan Jun hingga Disember.

Antara yang turut menyambut hari lahir kali ini termasuk Tn Guru Besar, En Zubiar Zainol. Beliau turut memotong kek yang disediakan sebagai mewakili ahli kelab yang lain.

Majlis bermula kira-kira pukul 3.15 petang sejurus selepas Kursus LADAP dijalankan.

Monday, October 17, 2011

Takziah..

Takziah diucapkan kepada Pn Nadira Salleh kerana kembalinya ke rahmatullah bondanya yang tersayang.

Didoakan agar rohnya ditempatkan bersama golongan yang mendapat keredhaan Allah SWT.

Thursday, October 13, 2011

Lawatan RIMUP ke Kuala Kangsar

Tarikh :
22 September 2011
Masa :
7.30 pagi - 7.00 malam

Sekolah Terlibat :
1. SK Aminuddin Baki
2. SJKC Chin Hua, Slim River
3. SJKT Slim River






Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Aidil Fitri Diraikan Penuh Kemeriahan

Kemeriahan Syawal masih terus diraikan walaupun sudah hampir ke penghujungnya. SK Aminuddin Baki tidak ketinggalan meraikannya bersama warganya yang berbilang kaum.

Semua murid dan guru-guru kelihatan segak mengenakan pakaian raya masing-masing.

Turut memeriahkan majlis ialah Naib YDP PIBG, En Tarmizi Omar yang hadir dan bersama menikmati hidangan.

Majlis yang bermula jam 10.00 pagi berakhir kira-kira sejam selepas itu dengan diiringi nyanyian lagu hari raya serta gelak tawa murid-murid yang gembira meraikan majlis tersebut.





Tuesday, August 9, 2011

Mesyuarat Khas Persediaan Bacaan Yasin UPSR 2011

Merujuk keputusan mesyuarat jawatankuasa kali pertama pada 27 Julai 2011 yang lalu, satu ketetapan telah disepakati bahawa pihak PIBG dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan majlis bacaan Yaasin sempena UPSR di Surau SK Aminuddin Baki. Sehubungan itu, PIBG akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan hal tersebut.

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 18 Ogos 2011
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK PIBG di WAJIBKAN Hadir.

Thursday, July 7, 2011

Sukan Tahunan kali ke 30

Tarikh :
30 Jun 2011 (Khamis)

Masa :
2.00 petang

Tempat :
Padang MDTM, Slim River

Keputusan Johan Rumah Sukan:
Rumah Kuning
Rumah Hijau
Rumah Merah
Rumah Biru

Tuesday, May 31, 2011

Persaraan Pn Hjh Kamsiah Ahmad

Tarikh : 27 Mei 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SK Aminuddin Baki
Jawatan Terakhir : Penolong Kanan Pentadbiran
Tempoh berkhidmat : 32 tahun
(16 April 1979 - 1 Jun 2011)

Majlis Penutup kempen Anti Dadah 2011

27 Mei - En Zubiar bin Zainol selaku Guru besar SK Aminuddin Baki telah merasmikan majlis penutup Kempen Anti Dadah bagi tahun 2011 bertempat di Dewan Perdana SKAB. Antara lain, beliau sempat mengisahkan tentang bagaimana hancurnya kehidupan seseorang jika telah terlibat dengan najis dadah ini. Kebanyakan penagih dadah ini memulakan aktiviti tidak sihat ini dengan belajar merokok. Maka, rokoklah yang menjadi faktor utama keterlibatan seseorang dengan dadah.

Sejurus selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan murid Pra Sekolah dan Murid Pendidikan Khas. Semua hadirin begitu teruja dan terhibur dengan gaya persembahan dan penceritaan yang bersahaja serta penuh dengan nasihat yang menyayat hati.

Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan dijalankan sebaik sahaja selesai persembahan pra sekolah dan pendidikan khas. Antara pemenang pertandingan tahun ini ialah :

Tahap 1 :

1. Kelas 3 Gemilang
2. Kelas 2 Cemerlang
3. Kelas 2 Gemilang

Tahap 2 :

1. 6 Cemerlang
2. 5 Cemerlang
3. 6 Terbilang

Turut disampaikan juga hadiah kepada peserta yang mengadakan persembahan.


Persembahan murid-murid Pra sekolah mengiringi selepas ucapan perasmian


Antara kumpulan yang bertanding..

Pemenang masing-masing menerima hadiah daripada En Zubiar (Guru besar)

Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat Agung Kali ke 29

Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Perasmi : Tn Khairuddin Anhar bin Mahmud
Majistret Slim River




Monday, April 18, 2011

Perjumpaan Ibubapa dan Guru-guru Tahun 6

12 April 2011- Para ibubapa calon UPSR 2011 telah dijemput menghadiri satu perjumpaan bersama guru-guru Tahun 6 yang diadakan di Dewan Perdana SK Aminuddin Baki. Majlis bermula sekitar jam 3.00 petang.

Guru Besar, En Abdul Zubiar telah memulakan ucapan dengan diikuti oleh ucapan penyelaras tahun 6 bagi tahun 2011, Pn Sabina yang sebahagian besar ucapannya berkisar tentang pencapai calon UPSR dalam Ujian 1 yang diadakan sebelum ini.

Kira-kira 45 peratus kehadiran ibubapa memenuhi ruang bagi menjayakan majlis kali ini. Walau bagaimanapun, maklum balas dari pihak ibu bapa amat menggalakkan dan berharap diteruskan aktiviti kelas tambahan serta ditambah lagi dengan kelas tambahan berbayar.

"Segala luahan dan pandangan ibubapa akan dibincangkan secara lebih mendalam dan akan diambil tindakan sewajarnya", kata Pn Sabina selaku penyelaras Tahun 6.

Majlis bersurai sekitar jam 5.00 petang.

Tuesday, April 12, 2011

Bola Jaring dan Catur Berkongsi Gelaran Naib Johan

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring dan catur sekolah yang telah memperoleh Naib Johan Peringkat Daerah Batang Padang. Menurut jurulatih bola jaring, Pn Hjh Noridah, walaupun gagal memperoleh johan, tetapi semangat pemain sekolah begitu memberangsangkan. Hasil daripada itu, dua orang pemain sekolah ini telah dipilih untuk mewakili pasukan bola jaring peringkat negeri Perak.

Pn Sabina pula tetap bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi wakil catur yang telah bersungguh-sungguh beradu kepakaran dan ketajaman akal demi mengharumkan nama sekolah. Menurut beliau lagi, terdapat peserta yang masih berpeluang untuk menyertai lagi pada tahun hadapan dan berharap akan memperoleh johan pula.

Sekalung tahniah daripada PIBG..

Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat Khas Persediaan AGM ke 29

Mesyuarat khas membincangkan persediaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 29 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 6 April 2011 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Agenda : Rujuk surat panggilan

Semua AJK dijemput hadir

Sunday, April 3, 2011

Kem Motivasi UPSR 2011



1 - 3 April 2011- Satu Kem Motivasi UPSR telah diadakan di Kem D'Sentosa, Chenderiang dengan disertai oleh 60 orang calon UPSR tahun ini.

Semua peserta kem telah bertolak dari sekolah pada jam 10.00 pagi dengan disertai oleh guru-guru pengiring. Menurut penyelaras Tahun 6 (2011), Pn Sabina menyatakan antara sebab dipilih lokasi ini walaupun ianya jauh dari sekolah adalah untuk memberi kelainan kepada murid seterusnya merangsang minda mereka agar lebih terarah serta fokus dalam hala tuju menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

Selama tiga hari, murid-murid diberi pengisian jasmani dan rohani yang sebahagiannya dipimpin oleh kakitangan kem. Slot motivasi pula dikendalikan oleh Kaunselor dari SMKA Slim River, Ustaz Ismail Hashim.

Selepas makan tengah hari pada hari Ahad, semua peserta berkemas dan bertolak balik ke Slim River. Pihak PIBG mengharapkan segala usaha yang dilakukan ini akan berjaya meningkatkan motivasi murid-murid seterusnya melayakkan mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti...Insyaallah.

MTQ Kelompok 5 Berlangsung Penuh Meriah

31 Mac 2011 - Bertempat di SK Balun, Majlis Tilawah Al Quran dan Mahrajan Kesenian Islam telah berlangsung dengan jayanya. Semua sekolah kelompok 5 telah menghantar wakil peserta untuk dipertandingkan bagi merebut juara dan seterusnya mewakili kelompok ke peringkat daerah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Bercerita, Rawi, Tulisan Jawi, Nasyid dan Kompang. SK Aminuddin Baki telah muncul juara dalam acara nasyid, bercerita lelaki, hafazan lelaki dan tilawah perempuan. Kesemua pemenang akan berentap merebut gelaran juara di peringkat daerah pada 16 April 2011, bertempat di SK Aminuddin Baki.

Tahniah kepada semua pemenang dan tidak dilupa kepada guru-guru pendidikan Islam yang bertungkus lumus melatih mereka...

Saturday, March 26, 2011

Majlis Perpisahan Perpindahan Guru..

25 Mac 2011 - Kelab Guru dan Kakitangan SKAB telah berjaya menganjurkan satu jamuan perpisahan sempena perpindahan guru-guru termasuk Guru besar di Restoran DSS Corner, Behrang 2020. Majlis ini bermula sekitar jam 8.30 malam.

Kehadiran ahli kelab hampir mencapai 80% dengan kebanyakannya membawa bersama ahli keluarga. Suasana majlis begitu meriah dengan dipengerusikan secara santai oleh Pn Faridatul Akmar. Kehebatan beliau mempengerusikan majlis diserlahkan lagi dengan beberapa rangkap pantun yang begitu mencuit hati semua hadirin.

Majlis dimulai dengan bacaan doa, jamuan makan, ucapan Pengerusi Kelab oleh En Che Mohsin, dan ucapan mereka yang diraikan iaitu Pn Che Rosnah bt Zainol (PK Pentadbiran) dan Tn Hj Arshad bin Mohamad (Guru Besar). Turut diraikan juga, En Hamidi dan seorang pembantu Pra yang tidak dapat turut serta dalam majlis ini..

Hadiah kenang-kenangan kemudiannya disampaikan oleh Guru Besar SKAB, En Abdul zubiar bin Zainol. Majlis bersurai sejurus selepas itu kira-kira jam 10.00 malam.





Saturday, March 19, 2011

Mesyuarat J/Kuasa PIBG Kali ke 3

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke 3 sesi 2010-2012 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 24 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang

Agenda : Rujuk surat penggilan mesyuarat.

Semua AJK wajib hadir

Friday, March 11, 2011

Selamat Datang ke SK Aminuddin Baki..

SK Aminuddin Baki telah menerima kehadiran guru besar yang bertukar dari SK Sungai Behrang menggantikan Tn Hj Arshad. Selamat memulakan tugas di SK Aminuddin Baki. Pihak PIBG amat mengalu-alukan kehadiran tuan guru besar, En Zubair ke sekolah ini.

Monday, February 28, 2011

SKAB Juara Bola Baling Peringkat Daerah batang Padang


Tahniah!!

PIBG dan seluruh Jawatankuasanya amat berbangga dan mengucapkan syabas kepada pasukan bola tampar SK Aminuddin Baki yang berjaya muncul juara dalam perlawanan akhir di Padang Tapah pada 26 Februari lalu (Sabtu)

Syabas dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan pasukan ini. Mereka terdiri daripada En Muthusamy, En Mohsin, Pn Hjh Noridah dan beberapa individu lain yang turut terlibat membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Esok, pasukan bola sepak pula akan berentap di padang SK Slim River. Semoga ruh kemenangan ini akan menular pula ke pasukan bola sepak..Insyaallah. sama-sama kita nantikan..

Saturday, February 26, 2011

Kursus Kepimpinan 2011


26 Februari 2011 - Atas kesedaran kepimpinan merupakan sesuatu yang perlu dipelajari, maka pihak sekolah telah menyusun satu kursus yang mengetengahkan isu-isu kepimpinan sebagai persediaan murid-murid menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kursus yang dijalankan di Dewan Perdana SKAB yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dibimbing oleh penceramah jemputan bagi slot pertama iaitu puan Effa Rina bt Mohd Matore.

Selesai minum pagi, kira-kira jam 10.45, maka slot kedua disambung pula oleh En Abdul Gani bin Ibrahim sehingga selesai jam 12.00 tengah hari.

Seramai 50 orang murid terdiri daripada pengawas sekolah, pengerusi kelab dan persatuan, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Semua peserta bersurai kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Saturday, February 19, 2011

Pertandingan Sepanduk Memeriahkan Maulid al Rasul 1432 H


18 Februari- Seramai 8 kontinjen mewakili Unit Uniform dan Persatuan Sekolah telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulid al Rasul peringkat sekolah 2011 / 1432 H.

Turut diadakan beberapa acara dan persembahan agar suasana sambutan lebih meriah. Antara acara yang berlangsung adalah Nasyid, Tazkirah, Bacaan Al Quran, Selawat, kuiz, Pertandingan mewarna dan Tulisan Cantik.

Tidak ketinggalan, murud-muris Pendidikan Khas juga turut memeriahkan suasana.

Majlis berakhir sekitar jam 10.00 pagi.