Tuesday, May 7, 2013

Takziah di Atas Kehilangan orang Yang Tersayang

PIBG mengucapkan takziah kepada Pn Rajinah bt Burut di atas kematian suaminya pada jam 8.00  pagi tadi. Semoga terus tabah dan bersabar dengan ujian ini.

Sebaik menerima maklumat, pihak sekolah telah mengambil tindakan segera bergegas ke Selama, tempat arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Antara yang menziarahi jenazah, Guru besar, Guru penolong kanan, Pengerusi kelab guru dan kakitangan, Penolong setiausaha PIBG dan beberapa orang guru. Jenazah disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Zohor.