Monday, March 25, 2013

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-31

Kepada                                                                                                                                         


______________________________


Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 31 TAHUN 2013

Dengan penuh hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2.            Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:


                                Tarikh                  : 13 April 2013
                                Hari                       : Sabtu
                                Masa                     : 8.30 pagi
                                Tempat                : Dewan Perdana SKAB

3.            Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

4.            Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang Usul. Borang usul yang telah diisi hendaklah diserahkan kepada Setiausaha PIBG melalui anak tuan/puan pada atau sebelum 02 April 2013 (Selasa).. Usul yang dihantar, sekiranya diterima mesti dibentangkan oleh penama yang membawa usul.

5.            Penulisan usul mestilah bersifat cadangan penambahbaikan dan membina ke arah kecemerlangan PIBG dan sekolah. Usul yang diterima untuk dibahas, tidak akan dibahaskan sekiranya pembawa usul tidak hadir.

Kehadiran tuan/puan amat bermakna demi kecemerlangan anak tuan/puan di sekolah ini. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,


______________________________
ABDUL GANI BIN IBRAHIM
Setiausaha

 s.k.-1. Penasihat PIBG
                         2. YDP PIBG


Tuan/puan boleh muat turun Notis Mesyuarat Agung ke 31 di sini

No comments:

Post a Comment