Monday, November 18, 2013

Majlis Sumbangan PIBG Kepada Calon Cemerlang UPSR 2013

Tn Hj Aminuddin Zulkipli selaku YDP PIBG berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada murid yang berjaya memperolh keputusan 5 A dan 4 A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Majlis berlangsung di tapak perhimpunan SKAB dengan kehadiran semua warga SKAB dan murid-murid.

seramai 9 orang telah menerima saguhati berupa wang RM100.00 seorang sebagai memenuhi janji yang telah dibuat oleh YDP saban tahun. 

Warga SKAB amat berterima kasih kepada Tn Hj Aminuddin kerana sudi meluangkan masa serta memberi sumbangan kepada murid-murid sekolah ini. Semoga sumbangan ini akan menambahkan lagi motovasi murid yang menerima serta murid-murid lain terutama calon UPSR 2014.

 




Saturday, September 21, 2013

Sukan Tahunan 2013

Sukan tahunan kali ini telah berlangsung dengan suasana yang meriah seperti juga di tahun-tahun lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah batang Padang (Bahagian HEM). 

Kehadiran YDP serta AJK PIBG amatbermakna dalam mewarnai temasya sukan tahun ini. YDP turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan yang dipertandingkan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan sukan tahunan kali ini. Jutaan kemaafan juga dipohon sekiranya perjalanan sukan kali ini tidak memenuhi kehendak sesetengah pihak. 

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan dan yang masih belum berjaya, teruskan usaha.

Tahniah juga kepada rumah Merah kerana johan tahun ini diikuti rumah biru, rumah kuning dan rumah hijau.

 Acara Sukaneka

 Rumah Kuning bersama gurunya, Pn Noridah, Pn Norlela dan Pn Nor Aini

 Rumah Merah bersama En Abd Latif, Pn Nadira dan Pn Fauziah

 Perasmi berehat minum setelah menyempurnakan majlis perasmian

 
 YDP Tn Hj Aminuddin Zulkipli

Acara ibubapa, membaling roket kertas

Tuesday, May 7, 2013

Takziah di Atas Kehilangan orang Yang Tersayang

PIBG mengucapkan takziah kepada Pn Rajinah bt Burut di atas kematian suaminya pada jam 8.00  pagi tadi. Semoga terus tabah dan bersabar dengan ujian ini.

Sebaik menerima maklumat, pihak sekolah telah mengambil tindakan segera bergegas ke Selama, tempat arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Antara yang menziarahi jenazah, Guru besar, Guru penolong kanan, Pengerusi kelab guru dan kakitangan, Penolong setiausaha PIBG dan beberapa orang guru. Jenazah disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Zohor.

Sunday, April 14, 2013

Kepentingan Pelajar Adalah Keutamaan PIBG

Walaupun berlainan pendapat, pandangan mahupun fahaman ideologi, tetapi dalam memutuskan sesuatu perkara, keutamaan adalah kepada kepentingan pelajar SK Aminuddin Baki. Semua pihak harus sedar pentingnya kewujudan PIBG yang tujuannya membantu pihak sekolah merealisasikan kecemerlangan anak-anak seperti yang diimpikan oleh para ibubapa.

Peranan yang lebih aktif perlu dimainkan oleh ibubapa jika mahu melihat anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah. Begitulah antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dalam ucapan aluannya sewaktu majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 yang berlangsung di Dewan SKAB.

Turut berucap, En Khalil bin M.Lodin selaku guru besar merangkap penasihat PIBG yang banyak menyentuh tentang perancangan dan tindakan yang telah dibuat oleh pihak sekolah dalam usaha meneruskan kecemerlangan murid-murid SKAB. Beliau melahirkan rasa kecewanya dengan kehadiran yang amat tidak memuaskan dikalangan ibubapa dan berharap mesyuarat agung akan datang, kehadiran lebih ramai.

Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh En Azman bin Ismon yang mewakili Pegawai PPD Batang Padang. Antara lain, beliau mengingatkan tentang perlunya mesyuarat agung dijalankan sebelum 31 Mac setiap tahun untuk memudahkan urusan dengan pertubuhan.


Turut disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan multimedia yang dianjurkan oleh Unit ICT SKAB dan hadiah berupa wang tunai, piala serta sijil ditaja oleh PIBG. Kepada mantan AJK PIBG sesi 2010-2012 juga disampaikan cenderahati sebagai kenangan atas jasa yang disumbangkan.

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Saturday, April 6, 2013

Mesyuarat AJK Sesi 2012-14 Kali kelima

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09 April 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK wajib hadir.

Monday, March 25, 2013

Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-31

Kepada                                                                                                                                         


______________________________


Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 31 TAHUN 2013

Dengan penuh hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2.            Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:


                                Tarikh                  : 13 April 2013
                                Hari                       : Sabtu
                                Masa                     : 8.30 pagi
                                Tempat                : Dewan Perdana SKAB

3.            Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

4.            Bersama-sama ini juga dikepilkan Borang Usul. Borang usul yang telah diisi hendaklah diserahkan kepada Setiausaha PIBG melalui anak tuan/puan pada atau sebelum 02 April 2013 (Selasa).. Usul yang dihantar, sekiranya diterima mesti dibentangkan oleh penama yang membawa usul.

5.            Penulisan usul mestilah bersifat cadangan penambahbaikan dan membina ke arah kecemerlangan PIBG dan sekolah. Usul yang diterima untuk dibahas, tidak akan dibahaskan sekiranya pembawa usul tidak hadir.

Kehadiran tuan/puan amat bermakna demi kecemerlangan anak tuan/puan di sekolah ini. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,


______________________________
ABDUL GANI BIN IBRAHIM
Setiausaha

 s.k.-1. Penasihat PIBG
                         2. YDP PIBG


Tuan/puan boleh muat turun Notis Mesyuarat Agung ke 31 di sini

Wednesday, March 6, 2013

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS dan Ketua Kelas 2013

Tarikh : 04 Mac 2013
Hari : Isnin
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Perdana SKAB

 









Monday, February 18, 2013

RM150 Jika Cemerlang UPSR 2013 - YDP

Seramai 13 orang murid cemerlang UPSR 5A dan 9 orang murid cemerlang UPSR 4A telah diraikan dengan pemberian sumbangan sebanyak RM100 seorang di Dataran kejat SK Aminuddin Baki. Majlis yang berlangsung pada pukul 7.30 pagi itu telah disempurnakan penyampainanya oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Turut hadir, beberapa AJK PIBG.  

Sumbangan RM100.00 itu merupakan sumbangan peribadi yang disampaikan oleh YDP PIBG yang dijanjikan oleh beliau setiap tahun. 

Bagi calon UPSR 2013, mereka akan dapat menikmati jumlah yang lebih besar, iaitu RM150.00 sekiranya jumlah murid yang mendapat 5A melebihi jumlah 13 orang.


Friday, February 15, 2013

Jemputan ke Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Murid Cemerlang UPSR 2012

Dengan penuh hormat dan takzimnya, semua Jawatankuasa PIBG dijemput menjayakan majlis tersebut pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 18 Februari 2013
Hari   : Isnin
Masa  : 07.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat, SKAB

Sumbangan akan disampaikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Senarai penerima saguhati kecemerlangan UPSR 2012 adalah seperti berikut:

  UPSR 5 A

1.      ALYA ARINA BT HJ AMINUDDIN
2.      AIN NUR BALQIS BT MOHD FAISAL
3.      HANA’ ATHIRAH BT MOHD HAMDAN
4.      IRDINA FIKRIYAH BT SALLEHHUDIN
5.      MUHAMMAD AUFA BIN AHMAD ARIF
6.      M. FARHAN BIN KAMSARI
7.      M. SAIFUL ZUHAIRI BIN RAMAN
8.      M. SYAZWI AIMAN BIN M. HORSI
9.      NUR AKMAL MAWADDAH BT BADRUL AZMAN
10.    NUR AQILA BT ROHANAN
11.    NUR HAZIQAH BT MOHAMAD ZAIDI
12.    SHAZRIN AIMAN BIN KHAIRULAZANI
13.    UZAIR HARRAZ BIN NOOR AZMAN

Murid 4 A

1.      NURUL  SYAHIRAH BT ZAINAL ABIDIN
2.      NUR AIN FATIHAH BT NOOR AZWADI
3.      AHMAD HIBATUL WAFI BIN MOHD NOOR
4.      ANFAAL BIN SHAMSUDIN
5.      FARHAN ISKANDAR BIN NOORUL ANHAR
6.      KHAIRATUL AMIRAH BT AHMAD AZAM
7.      KHAIRUL AFNAN BIN MOHD TARMIZI
8.      WAN AHMAD MUZAFFAR BIN W. MOHD HARUN     
9.      MUHAMMAD NUR AMIRUL BIN IDRUS

**Kepada pelajar yang tidak dapat hadir, slia hantar wakil..

Tuesday, January 22, 2013

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Keempat Sesi 2012-2014

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 30 Januari 2013
Hari  : Rabu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Semua Jawatankuasa dijemput hadir

Friday, January 18, 2013

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2013

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh  : 21 Januari 2013
Hari     : Isnin
Masa   : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perdana SKAB

Semua Jawatankuasa PIBG, ibubapa, guru-guru serta murid-murid dijemput hadir.

**Minum petang disediakan.