Saturday, November 12, 2011

Perkhemahan Uniform 2011

12 Nov – Seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Unit Uniform tKRS, Pengakap, Puteri Islam dan PBSM telah menyertai perkhemahan tahun ini dengan jayanya.

Walaupun hujan seawal pagi hingga jam 11.00, aktiviti yang telah dirancang tetap diteruskan. Perasmian telah disempurnakan oleh En Abdul Zubiar bin Zainol, Guru Besar SK Aminuddin Baki. Majlis perasmian telah berlangsung di Dewan Perdana kerana faktor cuaca.

Antara aktiviti yang dijalankan pada perkhemahan tahun ini termasuk Kawad kaki, Sukaneka, Pertandingan gajet, Masakan dan Kraftangan.

Selain guru-guru, perkhemahan ini turut dijayakan oleh En Shaari, seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai pengawal di SKAB. Beliau telah membantu sebagai hakim dalam pertandingan kawad kaki.

Tidak ketinggalan, murid-murid Pendidikan Khas juga turut menjayakan perkhemahan ini di bawah pimpinan Pn Hjh Fauziah Raden Salim selaku Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.


Wednesday, November 2, 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua Sesi 2011-2012

Satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 11 November 2011
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang

Semua AJK PIBG Wajib Hadir

Friday, October 28, 2011

Selamat Hari Lahir...



Seramai 6 orang guru SK Aminuddin Baki telah diraikan dalam majlis Sambutan Hari Lahir yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKAB. Mereka yang diraikan merupakan guru-guru yang menyambut hari lahir bermula bulan Jun hingga Disember.

Antara yang turut menyambut hari lahir kali ini termasuk Tn Guru Besar, En Zubiar Zainol. Beliau turut memotong kek yang disediakan sebagai mewakili ahli kelab yang lain.

Majlis bermula kira-kira pukul 3.15 petang sejurus selepas Kursus LADAP dijalankan.

Monday, October 17, 2011

Takziah..

Takziah diucapkan kepada Pn Nadira Salleh kerana kembalinya ke rahmatullah bondanya yang tersayang.

Didoakan agar rohnya ditempatkan bersama golongan yang mendapat keredhaan Allah SWT.