Saturday, March 20, 2010

Pertandingan Ulasan Buku Tahap 1



Program NILAM yang berlangsung setiap hari Jumaat dengan mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan yang dibimbing oleh seorang guru telah berjay menganjurkan pertandingan sulungnya pada 12 Mac yang lalu. Program sulung ini melibatkan murid-murid tahap 1 sahaja.

Murid yang terlibat pada pertandingan ini ialah adik Muhammad Anas (1 C), adik Norhadirah (1 G), adik Nursyakirah (3 C), adik Nurshuhada Sharmin (3 C) dan adik Muhammad Fitri (3 C). Kesemua mereka dibimbing oleh mentor masing-masing yang terdiri daripada Pn Che Rosnah, Pn Fauziah Zahidin, Pn Tahariah, Pn Soraya dan Cik Intan Efazila.

Antara perkara yang diulas oleh peserta ialah nama buku, nama pengarang, latar belakang pengarang, sejarah pengarang, nama penerbit, tahun diterbitkan, plot cerita, pengajaran dan tema cerita.

Pemenang akan menerima hadiah bagi tempat pertama hingga ketiga pada Hari Isnin, sewaktu perhimpunan rasmi sekolah.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat mereka. Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya melatih peserta kali ini.

Insyaallah, menurut penyelaras Nilam, Pn Nur'aza, pada bulan hadapan akan diadakan lagi pertandingan seperti ini yang melibatkan peserta dan mentor yang lain pula.

No comments:

Post a Comment