Wednesday, March 31, 2010

Majlis Bacaan Yasin

Memang telah menjadi amalan setiap tahun, murid-murid UPSR akan membaca Surah Yaasin secara berjamaah setiap pagi sebelum memulakan kelas. majlis bacaan Yasin ini dijalankan setiap hari, kecuali hari Isnin, kerana murid-murid ini terlibat dengan perhimpunan rasmi.

Bacaan yasin ini diwajibkan kepada semua murid Tahun 6. Guru-guru juga tidak ketinggalan akan turut menyertai majlis ini secara bergilir-gilir.



Adalah diharapkan murid yang memulakan sesi pembelajaran hariannya dengan membaca yasin akan mudah mengikuti pembelajaran serta dapat menguasai pengajaran yang disampaikn oleh guru. Selain itu, bersamalah kita memohon keberkatan dari apa yang kita usahakan ini.

Majlis ini dikendalikan dibawah bimbingan Panitia Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment