Thursday, March 11, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Seramai 87 orang murid SK Aminuddin Baki telah mengikuti Kursus Kepimpinan 2010. Kursus ini melibatkan seramai 50 orang pengawas dan 37 orang pengawas Pusat Sumber.

Kursus ini disampaikan oleh 4 orang penceramah terdiri daripada pakar dalam bidang yang diperlukan. Mereka ialah Pn Noredah, Pn Noraza, En Tahkim dan Pn Rajinah. Mereka menyampaikan pengisian bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.45 petang.

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tn Hj Arshad bin Mohamad, Guru Besar SKAB. Beliau sempat menasihati peserta-peserta kursus agar berbangga dan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dengan jawatan yang diamanahkan kerana tidak semua yang terpilih untuk dilantik sebagai pengawas.

Turut menjayakan majlis ini ialah Pn Nornadira sebagai pengacara, En Abdul Gani dan Pn Hjh Haslina sebagai penyelaras program.

Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.









No comments:

Post a Comment