Friday, November 18, 2011

Tahniah Murid Cemerlang UPSR 2011


Seramai 10 orang murid cemerlang 5A & 9 orang murid cemerlang 4A UPSR 2011 menerima anugerah khas daripada YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli pagi ini. Murid cemerlang 5A telah disumbangkan sebanyak RM100 seorang dan murid cemerlang 4A dihadiahkan RM70 seorang.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh YDP PIBG di hadapan semua murid SKAB. Dalam ucapannya sebelum ini, beliau mengharapkan agar penyerahan ini dilakukan di hadapan murid-murid supaya mereka terus teruja dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan di tahun-tahun akan datang.



Murid Cemerlang UPSR 4A

Murid Cemerlang UPSR 5A


Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Kecemerlangan pelajar memang menjadi suatu yang amat diberi perhatian oleh sesiapa sahaja, sama ada guru, masyarakat dan lebih-lebih lagi para ibubapa.

Hari anugerah kali ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Suhaily Yusri bin Che Ngah, Dekan Fakulti Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan kepada para hadirin agar memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak bagi menjadikan mereka cemerlang di dunia dan di akhirat.

Beliau turut menegur sesetengah ibubapa yang cenderung menyalahkan guru hanya kerana mengambil beberapa tindakan disiplin kepada anak mereka.

Di akhir majlis juga, telah diumumkan keputusan UPSR 2011 dengan calon SKAB memperolehi 10 orang 5A.

Turut hadir, YDP PIBG Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli, NYDP En Tarmizi bin Omar serta beberapa AJK PIBG.
Majlis bersurai kira-kira jam 11.40 pagi.

Tahniah kepada calon-calon UPSR.

Tuesday, November 15, 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011

Tarikh : 15 Nov 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Kejat SKAB

Dirasmikan oleh:
En Zubiar bin Zainol
(Guru Besar)

Acara:

Memotong kek
Pakaian beragam
Persembahan nyanyian
Lakonan



Saturday, November 12, 2011

Perkhemahan Uniform 2011

12 Nov – Seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Unit Uniform tKRS, Pengakap, Puteri Islam dan PBSM telah menyertai perkhemahan tahun ini dengan jayanya.

Walaupun hujan seawal pagi hingga jam 11.00, aktiviti yang telah dirancang tetap diteruskan. Perasmian telah disempurnakan oleh En Abdul Zubiar bin Zainol, Guru Besar SK Aminuddin Baki. Majlis perasmian telah berlangsung di Dewan Perdana kerana faktor cuaca.

Antara aktiviti yang dijalankan pada perkhemahan tahun ini termasuk Kawad kaki, Sukaneka, Pertandingan gajet, Masakan dan Kraftangan.

Selain guru-guru, perkhemahan ini turut dijayakan oleh En Shaari, seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai pengawal di SKAB. Beliau telah membantu sebagai hakim dalam pertandingan kawad kaki.

Tidak ketinggalan, murid-murid Pendidikan Khas juga turut menjayakan perkhemahan ini di bawah pimpinan Pn Hjh Fauziah Raden Salim selaku Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.


Wednesday, November 2, 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua Sesi 2011-2012

Satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 11 November 2011
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang

Semua AJK PIBG Wajib Hadir