Saturday, March 8, 2014

Guru Yang Cemerlang Mampu Melahirkan Pelajar Cemerlang

Mesyuarat Agung PIBG SK Aminuddin Baki kali ke-32 telah berjaya dilaksanakan pada jam 8.30 pagi tadi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang berbahagia, En Abdul Karim bin Jaafar, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Antara lain, beliau mengingatkan tentang perlunya kepada kekuatan dan kecemerlangan guru sebelum melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru sememangnya amat berperanan dalam pembentukan jatidiri anak-anak. Anak yang membesar dengan penuh perhatian daripada ibubapa dan guru akan lahirlah insan yang cemerlang dan berkualiti.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan sebelum itu, YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan Guru besar, En Khalil bin M.Lodin. 

Sebanyak lapan usul telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat kali ini. 

Mesyuarat berakhir kira-kira pukul 1.30 petang.




No comments:

Post a Comment