Monday, February 18, 2013

RM150 Jika Cemerlang UPSR 2013 - YDP

Seramai 13 orang murid cemerlang UPSR 5A dan 9 orang murid cemerlang UPSR 4A telah diraikan dengan pemberian sumbangan sebanyak RM100 seorang di Dataran kejat SK Aminuddin Baki. Majlis yang berlangsung pada pukul 7.30 pagi itu telah disempurnakan penyampainanya oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Turut hadir, beberapa AJK PIBG.  

Sumbangan RM100.00 itu merupakan sumbangan peribadi yang disampaikan oleh YDP PIBG yang dijanjikan oleh beliau setiap tahun. 

Bagi calon UPSR 2013, mereka akan dapat menikmati jumlah yang lebih besar, iaitu RM150.00 sekiranya jumlah murid yang mendapat 5A melebihi jumlah 13 orang.


No comments:

Post a Comment