Saturday, March 31, 2012

Kecemerlangan Anak-anak Bermula di Rumah


Ibubapa amat berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan anak-anak. Justeru, kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah yang cemerlang, ibubapa yang cemerlang serta dibantu pula oleh guru-guru yang cemerlang.

Adalah tidak wajar bagi ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kecemerlangan anak-anak semata-mata kepada pihak sekolah dan PIBG. Adunan kerjasama daripada pihak-pihak yang disebutkan adalah kunci terbaik melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Begitulah antara intipati ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30 yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Tg Malim / Slim River, Superintendan Tn Hj Othman bin Nanyan. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ins. Azril yang mewakili beliau kerana tidak dapat hadir atas tuntutan tugas yang lebih penting.

Terdahulu, turut berucap, Penasihat PIBG En Abdul Zubiar bin Zainol dan YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Mesyuarat berjalan dalam keadaan yang baik dan berakhir kira-kira pukul 12.3o tengah hari.

No comments:

Post a Comment