Saturday, November 12, 2011

Perkhemahan Uniform 2011

12 Nov – Seramai 120 orang murid yang terdiri daripada Unit Uniform tKRS, Pengakap, Puteri Islam dan PBSM telah menyertai perkhemahan tahun ini dengan jayanya.

Walaupun hujan seawal pagi hingga jam 11.00, aktiviti yang telah dirancang tetap diteruskan. Perasmian telah disempurnakan oleh En Abdul Zubiar bin Zainol, Guru Besar SK Aminuddin Baki. Majlis perasmian telah berlangsung di Dewan Perdana kerana faktor cuaca.

Antara aktiviti yang dijalankan pada perkhemahan tahun ini termasuk Kawad kaki, Sukaneka, Pertandingan gajet, Masakan dan Kraftangan.

Selain guru-guru, perkhemahan ini turut dijayakan oleh En Shaari, seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai pengawal di SKAB. Beliau telah membantu sebagai hakim dalam pertandingan kawad kaki.

Tidak ketinggalan, murid-murid Pendidikan Khas juga turut menjayakan perkhemahan ini di bawah pimpinan Pn Hjh Fauziah Raden Salim selaku Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.


No comments:

Post a Comment