Wednesday, May 5, 2010

RM 150 Untuk Murid Cemerlang UPSR 5A

Sekiranya murid UPSR 2010 ini dapat membuktikan kecemerlangan mereka dengan memperoleh UPSR 5A seramai melebihi 15 orang, maka RM 150.00 akan menjadi milik mereka. Itulah antara cabaran dan dorongan yang dijanjikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli ketika berucap menyempurnakan perasmian Kem Motivasi dan Teknik Menjawab UPSR yang diadakan di Rumah Rehat Slim River.

Seramai 68 orang murid tahun 6 terlibat dengan program ini. Menurut Penyelaras Kecemerlangan Tahun 6 2010, En Muthusamy, seramai 4 orang murid yang menghadapi masalah dan tidak dapat menyertai program ini.

Selain cabaran berbentuk kewangan, YDP juga turut mengingatkan tentang perlunya pergantungan kepada Allah SWT dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang diidamkan bukanlah sahaja dari segi keputusan peperiksaan yang cemerlang, tetapi meliputi seluruh kecemerlangan, terutama dari segi akhlak.

YDP juga mengulangi kesediaan PIBG untuk terus memberi sokongan dan bersama membantu menjayakan setiap program yang dianjurkan demi kemaslahatan anak-anak murid SKAB.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah NYDP PIBG, En Tarmizi Omar, setiausaha dan beberapa orang AJK, selain guru-guru yang bersedia memberi perkhidmatan demi kejayaan anak-anak yang disayangi..

Mudah-mudahan Allah mengganjari keredhaan-Nya atas usaha yang sedikit ini..Insyaallah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment