Saturday, March 31, 2012

Jawatankuasa PIBG sesi 2012-14

PENASIHAT
En Abdul Zubiar bin Zainol

YDP
Tn Hj Aminuddin Zulkipli

NYDP
En Khairul Azani

SETIAUSAHA
En Abdul Gani bin Ibrahim

PEN. SETIAUSAHA
En Mohd Norfirdaus Hassan Basri

BENDAHARI
Pn Norzuliani bt Zulkifli

PEN. BENDAHARI
Pn Nornadira bt Salleh

AJK IBUBAPA
En Zuhairi
En Shahalim
En Guna
Pn Norita
Pn Rozimah

AJK GURU
Pn Faridatulakma
Pn Suraya
Pn Thavamani
Pn Hjh Noredah
Tn Syed Husainy

PEMERIKSA KIRA-KIRA
En Maizul Afhanizam
Pn Norasimah

Tahniah Pasukan Bola Sepak SKAB

PIBG mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak SKAB yang berjaya menjadi johan kelompok dalam pertandingan yang dijalankan bermula pagi tadi. Pertandingan diadakan di SK Kuala Slim.

SKAB mengalahkan SK Kuala Slim yang menduduki tempat kedua. Seterusnya SK Slim River tempat ketiga dan diikuti SK Slim Village tempat keempat.

Doa dan harapan, SKAB terus cemerlang.

Kecemerlangan Anak-anak Bermula di Rumah


Ibubapa amat berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan anak-anak. Justeru, kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah yang cemerlang, ibubapa yang cemerlang serta dibantu pula oleh guru-guru yang cemerlang.

Adalah tidak wajar bagi ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kecemerlangan anak-anak semata-mata kepada pihak sekolah dan PIBG. Adunan kerjasama daripada pihak-pihak yang disebutkan adalah kunci terbaik melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Begitulah antara intipati ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30 yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Tg Malim / Slim River, Superintendan Tn Hj Othman bin Nanyan. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ins. Azril yang mewakili beliau kerana tidak dapat hadir atas tuntutan tugas yang lebih penting.

Terdahulu, turut berucap, Penasihat PIBG En Abdul Zubiar bin Zainol dan YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Mesyuarat berjalan dalam keadaan yang baik dan berakhir kira-kira pukul 12.3o tengah hari.

Friday, March 30, 2012

Jamuan Meraikan Pertukaran Cikgu Tahkim


Satu jamuan khas telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Aminuddin Baki untuk meraikan Cikgu Tahkim yang akan bertukar ke jawatan baru mulai 1 April 2012. Beliau akan bertugas di IPG Putrajaya.

Pihak PIBG juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas serta mengharapkan beliau sentiasa sukses dan terus berjaya di dunia dan akhirat.

Cikgu Tahkim telah menyumbang tenaga dan kepakaran beliau sebagai Penolong Setiausaha PIBG sejak 2008. Jasa dan khidmat beliau akan terus dikenang dan dihargai serta menjadi panduan kepada penyambung jawatan yang akan datang..


Friday, March 9, 2012

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 30


Sila dapatkan notis mesyuarat agung kali ke 30 di SINI

Tuesday, March 6, 2012

Kem Motivasi Calon UPSR 2012


Tarikh :
2 - 4 Mac 2012

Tempat :
Pusat Kokurikulum Batang Padang, Sungai Klah

Peserta :
59 orang