Tuesday, May 25, 2010

Perjumpaan PIBG Bersama Ibubapa Murid Tahun 6


PKSR 1 - 2010


YDP dan seluruh AJK PIBG mengucapkan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA MURID-MURID SK AMINUDDIN BAKI

25 - 27 JUN 2010

Selamat Maju Jaya

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru di SKAB

Pada 16 Mei setiap tahun, merupakan suatu tarikh yang tidak mungkin dilupakan terutama oleh warga pendidik. Inilah tarikh keramat setiap tahun yang disambut sebagai 'Hari Guru'.

Bagi warga SK Aminuddin Baki juga tidak ketinggalan meraikan hari tersebut. Cuma tanggal 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka sambutan dibuat pada hari Isnin.

Pelbagai acara menarik dirancang oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKAB. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

Pada sambutan kali ini, pihak PIBG juga tidak ketinggalan untuk turut bersama menjayakannya. Terima kasih guru-guru kepada wakil PIBG yang sudi bersama dalam majlis yang diadakan di Dewan Perdana SKAB.

Beberapa rakaman gambar dapat menceritakan suasana sambutan tahun ini..
'Guru Pembina Negara Bangsa' ..

Tahniah YDP

Tanggal 17 Mei 2010, Tn Hj Aminuddin telah dianugerahkan Allah SWT dengan seorang lagi cahaya mata lelaki. Khabarnya, ini anak yang ke-8.

Menurut sumber, isteri beliau selamat melahirkan bayi ini kira-kira jam 8.25 malam.

Semoga bertambah keberkatan dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah..insyaallah.

Tahniah, daripada seluruh AJK dan warga SK Aminuddin Baki.

Tuesday, May 11, 2010

Gotong-royong Perdana

Gotong-royong tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.30 pagi

Kawasan cadangan gotong-royong
1. Hadapan pagar utama
2. Bangunan cadangan surau
3. Kawasan padang sekolah
4. Bilik darjah dan bilik-bilik khas

Semua AJK PIBG dan ibubapa dijemput hadir.

Wednesday, May 5, 2010

RM 150 Untuk Murid Cemerlang UPSR 5A

Sekiranya murid UPSR 2010 ini dapat membuktikan kecemerlangan mereka dengan memperoleh UPSR 5A seramai melebihi 15 orang, maka RM 150.00 akan menjadi milik mereka. Itulah antara cabaran dan dorongan yang dijanjikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli ketika berucap menyempurnakan perasmian Kem Motivasi dan Teknik Menjawab UPSR yang diadakan di Rumah Rehat Slim River.

Seramai 68 orang murid tahun 6 terlibat dengan program ini. Menurut Penyelaras Kecemerlangan Tahun 6 2010, En Muthusamy, seramai 4 orang murid yang menghadapi masalah dan tidak dapat menyertai program ini.

Selain cabaran berbentuk kewangan, YDP juga turut mengingatkan tentang perlunya pergantungan kepada Allah SWT dalam usaha mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang diidamkan bukanlah sahaja dari segi keputusan peperiksaan yang cemerlang, tetapi meliputi seluruh kecemerlangan, terutama dari segi akhlak.

YDP juga mengulangi kesediaan PIBG untuk terus memberi sokongan dan bersama membantu menjayakan setiap program yang dianjurkan demi kemaslahatan anak-anak murid SKAB.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah NYDP PIBG, En Tarmizi Omar, setiausaha dan beberapa orang AJK, selain guru-guru yang bersedia memberi perkhidmatan demi kejayaan anak-anak yang disayangi..

Mudah-mudahan Allah mengganjari keredhaan-Nya atas usaha yang sedikit ini..Insyaallah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Tuesday, May 4, 2010

Mesyuarat PIBG Kali Pertama Sesi 2010-2011

Dengan penuh hormat dan takzimnya, semua AJK PIBG sesi 2010-2011 dijemput menghadiri mesyuarat kali pertama pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 4 Mei 2010
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan SKAB

Keperihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.