Tuesday, November 16, 2010

Tahniah Kepada Murid Cemerlang UPSR 2010

PIBG mengucapkan tahniah kepada murid-murid atau calon UPSR 2010 yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Kesemua mereka telah menerima insentif berupa hadiah sejumlah RM100.00 seorang daripada YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli.

Wang tersebut telah disampaikan sewaktu majlis Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada 11 November 2010.

Mereka yang berjaya memperolehi keputusan 5A ialah seperti berikut:

1. Ros Azima
2. Athira Shafika
3. Qadriah
4. Norashamimi
5. Norsuhailah
6. Nasuha
7. Husna
8. Shahirah
9. Noryuhanis
10. Priadarshiney

Sekalung tahniah kepada mereka dan kepada semua calon UPSR 2010. Walaupun tidak memperolehi 5A, namun kejayaan kalian amat bermakna buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Penangguhan Program Majlis Mesra Warga SKAB

Merujuk kepada perbincangan mesyuarat khas kali kedua bertarikh 10 November 2010, PIBG telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Majlis Mesra Warga SKAB ke suatu tarikh baru. Tarikh baru itu dicadangkan pada 20 Januari 2011 bersamaan hari Khamis.

Penangguhan majlis itu berikutan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

PIBG memohon maaf dan masih mengharapkan komitmen yang tinggi daripada pihak komuniti setempat seperti yang diputuskan pada mesyuarat khas pelaksanaan majlis ini kali pertama.

Wednesday, November 10, 2010

Mesyuarat Khas Majlis Ramah Mesra 2010 Kali ke 2

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Aminuddin Baki


Agenda:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan laporan jawatankuasa
3. Hal-hal lain

Semua AJK diWajibkan hadir