Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 Sesi 2009/10

Program Ziarah PIBG

Atas rasa bertanggungjawab membantu pihak sekolah, pihak PIBG telah melakukan ziarah ke beberapa kampung untuk mendekati sendiri permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid yang gagal hadir ke sekolah.

Antara kampung yang dizizrahi ialah Kampung PPRT, Kampung Bantang dan Kampung Manggis.





Bengkel Pembinaan Blog PIBG

Seramai 50 orang setiausaha PIBG Daerah Batang Padang menghadiri Bengkel Pembinaan Blog di PKG Tapah. Bengkel ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Peserta didedahkan dengan teknik membina blog dan bagaimana menjadikan blog yang dibina menarik dan dikunjungi ramai pelawat. En Sharidun, selaku Fasilitator turut mendedahkan bagaimana memasukkan gambar, menukar laman blog dan beberapa teknik lain yang amat berguna sebagai persediaaan menjadikan blog menarik.

Kursus ini merupakan anjuran Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah UPSI.