Saturday, September 21, 2013

Sukan Tahunan 2013

Sukan tahunan kali ini telah berlangsung dengan suasana yang meriah seperti juga di tahun-tahun lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah batang Padang (Bahagian HEM). 

Kehadiran YDP serta AJK PIBG amatbermakna dalam mewarnai temasya sukan tahun ini. YDP turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan yang dipertandingkan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan sukan tahunan kali ini. Jutaan kemaafan juga dipohon sekiranya perjalanan sukan kali ini tidak memenuhi kehendak sesetengah pihak. 

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan dan yang masih belum berjaya, teruskan usaha.

Tahniah juga kepada rumah Merah kerana johan tahun ini diikuti rumah biru, rumah kuning dan rumah hijau.

 Acara Sukaneka

 Rumah Kuning bersama gurunya, Pn Noridah, Pn Norlela dan Pn Nor Aini

 Rumah Merah bersama En Abd Latif, Pn Nadira dan Pn Fauziah

 Perasmi berehat minum setelah menyempurnakan majlis perasmian

 
 YDP Tn Hj Aminuddin Zulkipli

Acara ibubapa, membaling roket kertas